RENOVATE ATAP GANTI KEKUDA KAYU REPUT KEPADA KEKUDA BESI DAN PAKAI BALIK ATAP LAMA JIMAT KOS DAN TAHAN LAMA

salam

maaf kerana tidak terlalu aktif dengan blog

Sila like fb page : kekuda besi atap genting light weight roof trusses


sekarang giat baikpulih atap lama ganti kekuda besi dan pakai balik atap lama serta tambahan atap baru kerana atap lama tak semua yang elok tetapi kita pastikan semasa buka atap dengan penuh hati-hati untuk jimatkan kos daripada membeli atap baru yang banyak dan kos akan bertambah.Kerja yang saya maksudkan adalah di Taman Tasik Puteri Rawang Selangor. Tuan rumah masih tinggla di dalam dan pihak kami buat separuh belakang dahulu, apabila dah siap belakang baru buat sebelah depan. Ini dapat meminimumkan kerosakan peralatan di dalam rumah, tetapi saya menasihatkan tuan rumah barang-barang beharga seperti barang elektronik harus dialihkan serta merta kerana takut hujan lebat air tetap akan masuk (tak 100% air tak boleh masuk kerana hujan dan ribut serta angin yang kuat mampu mengoyakkan kanvas yang kita skru dan ikat pada kekuda besi atau kekuda kayu lama). Cara ini lebih selamat dan memudahkan tuan rumah kerana tak perlu pindah rumah semasa kerja-kerja dijalankan dan jangka masa kerja juga singkat (lebih kurang 1 minggu)

untuk kerja-kerja lain saya banyak dapat job memasang kekuda besi untuk rumah IBS brick lock system dari pelbagai company dan juga kontraktor bertauliah. Site ni bertempat di jerantut salah satunya dan saya akan share gambar nanti

Selain itu juga, saya diamanahkan untuk membekal / supply atap zink metal deck dan juga besi GI biru 0.75 ke luar daripada malaysia iaitu ke Papua Indonesia. Cuma semasa proses Eksport ini berlangsung saya tidak berada di pelabuhan klang dan inshaAllah next order saya akan update gambar.

Saya juga ada membanik pulih sebuah rumah di Taman maju Jaya shamelin (rasa dah pernah info pasal ni post sebelum ni) dan masih dalam proses untuk menyiapkannya, progress sekarang tengah siapkan beam car porch hadapan dan selepas ini kerja-kerja atap (tukar kekuda besi dan atap uroll bond g28) serta mozek lantai 1 rumah dan wirering baru keseluruhan dan ganti pintu/frame pintu serta tingkap alluminium glass. Kos keseluruhan amatlah murah dan juga tuan rumah yakin dengan kemampuan saya kerana yang paling dibimbangkan adalah bahagian atap. Kalau bangunan siap dengan rapi tetapi atap sering bocor pun ta jadi jugak. Jadi saya speciallist dalam bahagian roofing diberi kepercayaan untuk renovate keseluurhan rumah dan nanti saya akan update hasil nya.

Jadi jika anda berminat dan takut kena tipu atau tak berani nak advance duit, anda boleh call atau whatsap saya kerana terms payment saya once barang sampai dekat site, baru buat bayaran sedikit dan bayaran by progress, Bab harga boleh cerita sampai jadi, yang penting kerja dibuat puas hati dan tahan lama, sebab ada orang bayar mahal tapi tak sampai 6 bulan dah bocor dan kontraktor atau tukang dah tak tahu ke mana. Jadi 1 lagi masalah nak kena keluarkan kos untuk repair dan kerosakan ini berlanjutan kerana bila banyak tangan yang usik bumbung ni akan jadi lebih teruk seperti penyakit berjangkit.

sebarang pertanyaaan atau permasalahan atau nak mintak supply barang atau nak tahu kos upah sahaja nak mintak supply main power berkaitan atap sila hubungi 019-9862086 (whatsap paling mudah dan terus bagitahu lokasi, ukurna kalau ada gambar site/plan terus sent whatsap saya akan reply ASAP) atau email ke tukang_kekudabesi@yahoo.com
Renovate Sebiah Rumah (Tambah Porch dan Tukar Atap dalam Proses) di Taman Maju Jaya Shamelin
Beam Depan Dah Siap Dan Dalam Proses Menukar Atap
Ganti Kekuda Kayu Dimakan Anai-anai keseluruhan rumah (dah siap sebelah belakang)



Dalam Proses buka kekuda kayu lama (buang semua)

Kanvas disediakan bagi mengelakkan air hujan masuk ke dalam rumah


Proses Atap dalam Minggu depan 
pandangan dari atas sebelum siap atap kelihatan banyak atap pecah dan sambungan flashing karat




pandanan tepi sebelum kerja-kerja atap dimulakan 
site di taman tasik p;uteri rawang ganti kekuda kayu lama kepada kekuda besi dan atap lama pakai balik



kerja baik pulih tandas (mozek keseluruhan ) dalam ruma shamelin


Kekuda besi di Kg Temin Jerantut Pahang

Sedia untuk pasang papan manis keliling

bahagian depan masih ada A anak atap

Tandas baru di bilik belakang rumah Shamelin


Comments

Popular posts from this blog

proses naik dan pasang atap genting di meru klang selangor

Upah pemasangan kekuda besi murah dan tenaga kerja mahir serta baik pulih rumah plaster dinding dan mengecat

REPAIR ATAP LAMA KENA MAKAN ANAI-ANAI KEPADA KEKUDA BESI BARU DAN ATAP METAL DECK KURANG DARI 5 HARI