Kekuda besi batu caves selayang dan gombak setia kuala lumpur

Salam bulan kemerdekaan
Alhamdulillah saya diberikan nikmat dari Allah swt utk teruskan membantu masyarakat di luar sana yang mempunyai pelbagai masalah berkaitan atap rumah.

Untuk semua pembaca blog, jika tukang-tukang kampung atau kontraktor yang tidak mahir atau kurang pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kekuda besi dan rangka atap atau renovate rangka atap lama kepada kekuda besi, anda semua harus berwaspada dan jika ada sedikit kesilapan dan besi kekuda tak cukup support atau beban yang tak dapat ditanggung kekuda besi oleh kerana kesilapan tukang yang tidak biasa buat kekuda besi ( tapi bagitahu dah pernah buat / berpura2 tahu )
Saya nasihatkan JANGAN BUAT!! atau TANGGUH DAHULU dan lihat hasil kerja atau tempat yang mereka pernah buat kerana kekuda besi bumbung atap ni bukan sesuatu yang remeh.Ia nya perlukan ilmu kemahiran yang mendalam dan pengalaman yang lama kerana boleh mengundang kecelakaan di kemudian hari.

Yang saya nasihatkan adalah bukan untuk menakutkan atau nak suruh buat dengan saya..x..tetapi atas dasar memberi peringatan dan sekiranya ada yang ingin meminta bantuan saya boleh hubungi saya bertanyakan apa pun berkaitan atap..inshaAllah saya akan bantu.

Untuk kerja selepas raya kebanyakan saya buat renovate atap lama kepada kekuda besi baru..untuk peringatan juga..jika atap rumah tuan2 semua bocor, dan apabila telah membaiki atau menukar atap tetapi masih bocor.tuan2 semua boleh menghubungi saya untik bertanyakan cara yang paling sesuai dan tidak melibatkan kos yang besar dan tak perlu malu atau rasa takut dan segan sebab saya akan bantu seikhlasnya.inshaAllah

Kebiasaaan jika kebocoran masih berulang adalah faktor kekuda yang lama dan reput dimakan anai2 dimana sedikit demi sedikit kayu membengkok dan atap menurun menyebabkan air masuk melalui celah2 yang tidak rata dan ruang2 yang menurun.

Ataupun kadar kecerunan (atap genting perlu ambil berat) tidak sesuai dan tak cukup cerun atau bahasa mudah tak cukup tinggi rangka atap atau kekuda besi.

Dan kebiasaan kecerunan untuk kekuda A bagi atap genting adalah 25darjah ke 30 darjah dan bagi flat roof bentuk atap modern 20darjah ke atas

Jadi jika sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh hubungi dan jika anda perlukan khidmat untuk supply barang besi murah (harga bawag rm20 sebatang untuk c channel ) besi biru boleh call saya segera 0199862086 dan elakkan besi hardware yang murah kerana tidak ikut spec (ketebalan tak cukup)
Atau emailkan kepada saya plan rumah ke tukang_kekudabesi@yahoo.com


Repair atap bocor dan tukar kekuda besi baru dan atap zink uroll bond baru di gombak setia

 Siapkan kerja renovate atap asbestos lama kepada kekuda besi dan atap genting baru di taman jasa utama batu caves
 Dalam proses siapkan
 Kerja-kerja plaster dan pasang flashing
 Semasa membuka atap asbestos dan kekuda kayu yang dimakan anai2 walaupun nampak masih elok di dalam dah kosong
Bagi mengelakkan air hujan masuk kami menutup atap menggunakan kanvas 40x40 dan mengelakkan siling kapur rosak

Comments

Popular posts from this blog

proses naik dan pasang atap genting di meru klang selangor

Upah pemasangan kekuda besi murah dan tenaga kerja mahir serta baik pulih rumah plaster dinding dan mengecat

KEKUDA BESI RANGKA ATAP GENTING JARAK KEKUDA 3 KAKI DI BUKIT GOH KUANTAN PAHANG