[NEW UPDATE] Baikpulih rumah dan menggantikan atap serta kekuda kayu lama kepada besi dan atap genting konkrit
Assalamualaikum salam ramdahan kareem. alhamdulillah hari ini 8hb hari jumaat penghulu segala hari, di musim pkp / pkpb ni harap pembaca blog smua duduk di rumah dan mengamalkan gaya hidup yang sihat
diringkaskan cerita sy pengendali blog sudah 1 tahun tidak update ingin menjelaskan kepada semua termasuk juga customer yang ada bertanya (site klang lama dgn pj ) kenapa blog lama tak update.
untuk makluman saya masih aktif company dan worker bekerja seperti biasa tetapi limit kerja yang saya ambil 4 job site setiap bulan. ini kerana jika saya update blog sebulan sekali,ramai customer akan whatsap dan minta untuk siapkan dengan segera,jadi saya banyak tolak kerja dengan cara baik tetapi saya tak dapat nak ganti kan dengan kontraktor lain sebab takut ada problem kalau bukan saya sendiri yang laksanakan.
walau tak update tetapi alhamdulillah ramai juga yang contact cuma masih saya had dan limitkan.saya takut kalau saya pulun smua 6-9 site sekali jalan dalam sebulan,kualiti kerja merosot takut ada banyak komplen dan after sales service mengecewakan sebab kena menunggu terlalu lama untuk datang cek dan repair.
saya juga diwaktu yang sama (ogos ke november 2019) perlu menyiapkan beberapa buah rumah semi-d sub by maincon dari terengganu untuk projek rumah semi-d di terengganu. di bawah saya akan update beberapa gambaer kalau ada customer nak gambar2 lain lebih detail boleh www.wasap.my/60199862086 terus pada saya.
saya juga akan update dalam 2-3bulan sekali selepas ini berbanding pada tahun sebelum ni iaitu sebulan sekali.saya bukan sombong untuk mengatakan job terlebih tetapi alahamdulillah hasil dari follower2 di blog saya yang semakin hari bertambah menyebabkan job saya dapat juga semakin bertambah.
untuk waiting list job selepas raya sahaja ada 4 job di sekitar selangor dan perak.termasuk yang job semasa perlu saya siapkan sekarang ada 3 site di selangor terengganu dan sungkai perak.
jadi semasa pkp ini saya ada masa terluang untuk saya update dan bagitahu pada semua pembaca terutama follower blog saya dan berharap ianya jelas dan semoga semua berada bersama keluarga masing dengan selamat dan sama sama kita hapuskan covid 19 ini supaya saya dapat siapkan kerja yang masih tertangguh.
jadi mari kita lihat beberapa gambar untuk paparan para pembaca dan follower blog
(saya masukkan gambar di post seterusnya)
Salam tuan,
ReplyDeleteBerapa kos utk pemasangan bumbung zink
Size 15' x 50'
Kos Bahan dan Kos Upah
Lokasi: Taman Melati
Tq
Boleh whatsap www.wasap/60199862086.my
Delete