Promosi Renovate sebuah rumah ganti atap dan pasang plaster siling serta mozek jubin lantai di Ampang Jaya Kuala Lumpur

Salam ramadhan
Semoga semua pembaca dimurahkan rezeki dipermudahkan urusan seharian

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit hasil kerja di kawasan selangor dan melaka sekitar merlimau
Alhamdulillah semua kerja siap seperti yang ditetapkan dan pembayaran sepenuhnya selepas siap kerja kerana tuan rumah amat berpuas hati dengan hasil kerja

Saya ingin berkongsi dan memberi pendapat kenapa perlu tuan puan yang sedang membina atau rancang untuk membina rumah supaya tidak ditipu atau tertipu dengan tukang indonesia atau kontraktor yang hanya bagi janji manis tetapi akhirnya tidak dapat siapkan rumah atas alasan tidak cukup bajet sedangkan sebelum ini sudah lock harga atau dah deal dengan harga sekian2.

Untuk makluman tuan puan,saya banyak menyelesaikan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh tukang2 indon/bangla serta kontraktor tak cukup bajet yang hanya pandai berjanji,pada mula tukang bagitahu upah keseluruhan rm20ribu (contoh) dan selepas pembayaran ke-2 atau claim ke-3, di sini kita mula nampak tukang akan mainkan kita, dia akan bagitahu kena tambah kos upah dengan pelbagai alasan (dalam masa yang sama kerja mula slow)

Dan akhirnya kita mula rasa tertipu dan jika kita teruskan juga,memang dari 20k upah naik sehingga 30k. Memang merana tapi itu lah hakikatnya ramai yang terkena atau tertipu dengan tukang, bukan niat nak burukkan tapi segelintir mereka memang dah set dari awal dan belajar untuk menipu ni dari mula masuk malaysia, tak dinafikan kebanyakan tukang saya sendiri pun berasal dari indonesia tetapi meraka patuh dan hormat pada saya kerana saya dah tahu permainan dan lebih cepat sedar jika mereka ingin menipu atau sebgainya

Jadi jika tuan rasa nak JIMAT dan SELAMAT , boleh hubungi saya dan saya akan terangkan segalanya dari segi pembayaran saya akan ambil selepas kerja siap dan ikut progress (ada hitam putih black and white semua ada terms perjanjian)

Sebab jika tukang indonesia yang mahir menipu daripada mahir bekerja itu minta rm20ribu untuk upah,sama juga dengan saya ambil rm20ribu mungkin kurang dari itu, kelebihannya adalah tuan puan tidak perlu risau tentang hiden cost atau charge tambahan yang tak mungkin ada kecuali ada penambahan kerja (contoh tambah besarkan dapur dari plan awal atau lain2) tetapi masih dalam harga yang berpatutan *boleh call whatsap atau jumpa dekat site dulu tanya dan dapatkan harga baru percaya

Kalau tuan ambil kontraktor, pastikan jangan tengok harga paling murah, tetapi tengok hasil kerja dan bagaimana selepas kerja disiapkan adakah tuan rumah tersebut puas hati atau tak , jika tuan puan malas atau tak sempat nak survey, boleh minta pendapat saya akan bagi semua nya percuma (pendapat/cadangan/quotation) seikhlas hati kerana saya pun dapat banyak tawaran kerja yang tak putus-putus kerana saya percaya allah telah tetapkan segalanya asalkan kita patuh pada arahan dan jujur dalam setiap perbuatan

Tuan puan penat lelah mencari rezeki mengumpul duit dan semestinya inginkan sesuatu hasil yang cemerlang dan puas hati , jadi spcialist amat diperlukan kerana kalau ambil yang biasa2 hasil kerja pun biasa-biasa dan sakit mata kita yang menanggung lepas siap kerja , jadi saya nasihatkan ambil yang spcialist, kalau dia pandai plaster dinding, pakar plaster dinding, tapi tuan nak jimat, suruh dia pasang atap kekuda besi sekali, memang hasil kekuda besi tu tak cantik sebab dia tak biasa buat, boleh jimat tapi kerja hancur, 1 tempat je menjadi......plaster dinding

Jadi saya punya budak kerja ada bahagian masing-masing, yang mana kalau tuan nak kan harga yang murah dengan hasil kerja yang dilaksanakan oleh pakar-pakar, inshaAllah saya boleh tolong dan perkhidmatan ke seluruh semenanjung malaysia tanpa ada sebarang kos tambahan atau tersebunyi (tanya dulu dan survey ambil yang berpatutan dan kita yakin serta kerja dulu baru bayar)

Sebarang pertanyaan berkaitan kerja-kerja bina rumah,plaster ceiling,plumbing,wiring,renovate roofing dan finishing kerja mengecat boleh hubungi saya 019-9862086
InshaAllah jawapan diberikan segera

Sila like fb page : kekuda besi atap genting light weight roof trusses
Menitik beratkan kualiti hasil kerja yang terbaik semasa memasang mozek jubin lantai

Kerja-kerja menyiapkan atap di bahagian belakang rumah yang renovate atap (siapkan separuh-separuh untuk elak barang dalam rumah rosak jika kita buka sekaligus)


Kerja-kerja menyiapkan cornice dan plaster ceiling dalam rumah yang direnovate di ampang jaya

Kerja-kerja memasang cornice 6inci

Kerja-kerja fabricate roof trusses di jenderam hilir selangor

Kerja hampir siap kekuda besi dan atap genting di puchong pulau meranti

Kerja-kerja memasang kekuda besi dan atap genting monier di merlimau melaka (termasuk pasang papan cement board di tebarlayar/gable end)

Sedang siapkan atap di pulau meranti puchong selangor

Menunggu untuk menaikkan atap genting di merlimau melaka (kerja siap dalam masa 3 hari)

Musim hujan jadi atap baru lepas buat naik walau dalam keadaan musim hujan tetapi keselamatan amat penting dan kita menepati semua aspek keselamatan yang ditetapkan

Kerja menyusun atap di atas pallet kayu sebelum di naikkan oleh kren

Kerja membersihkan batu simen yang melekat dan menyekat perjalanan air hujan untuk turun dan memastikan tiada lekuk atau lubang skru tertinggal menyebabkan berlaku kebocoran atap

Kerja memasang jubin dinding bilik air di site ampang jaya (mozek dipilih oleh tuan rumah walaupun kos keseluruhan renovate murah tetapi tuan rumah masih boleh pilih jenis mozek yang disukai)

 Kerja siapkan kekuda besi di merlimau melaka


Menggunakan laser untuk menyukat 

Atap yang telah siap digantikan di ampang jaya dan kerja-kerja renovate seluruh rumah tanpa perlu pindahkan keseluruhan barang di dalam rumah di bawah harga keseluruhan bawah rm80ribu

Jika ingin renovate atau ubahsuai rumah,pastikan ubahsuai atau repair/ganti bahagian atas dahulu (atap/bumbung) baru lah repair bawah /mozek/pecah bilik/besar ruang tamu/sambung dapur dan sebagainya

Harga jimat kerja siap hasil puas hati
InshaAllah



Comments

Popular posts from this blog

proses naik dan pasang atap genting di meru klang selangor

Upah pemasangan kekuda besi murah dan tenaga kerja mahir serta baik pulih rumah plaster dinding dan mengecat

KEKUDA BESI RANGKA ATAP GENTING JARAK KEKUDA 3 KAKI DI BUKIT GOH KUANTAN PAHANG