Kekuda besi atap genting sungai haji dorani sungai besar selangor dan Kekuda besi Kg temin Jerantut Pahang dan tips cara tak nak bagi kontraktor atau tukang tipu duit

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

hari ini saya ada sedikit masa untuk update blog..jika perlukan lebih maklumat boleh search page fb : taip je ' Kekuda Besi Atap Genting Light Weight Roof Trusses' nanti akan keluar page yang ada 1000++ likes..tq pada yang like..
sebenarnya senang update gambar di page..tapi kalau nak lebih detail dan menulis lebih pada blog.

Alhamdulillah saya baru je siapkan beberapa site sepanjang 2 minggu lepas dan ada lagi beberapa kerja yang akan datang saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin. Untuk makluman ada yang bertanya saya dalam whatsap, : bos, customer bos semua melayu ke?
okey jawapan nya tidak..saya mempunyai ramai customer bukan melayu seperti cina, india dan juga orang asli. Kebanyakan mereka menggunakan khidmat saya kerana berminat dari hasil kerja yang saya paparkan di blog dan mereka ke site saya sendiri untuk melihat hasil di depan mata sendiri. dan juga mereka berminat kerana harga saya kenakan murah dan tiada GST serta menggunakan barang berkualiti.

Jadi pada yang berminat tetapi mempunyai bajet yang agak terhad, boleh hubungi saya segera dan saya turun site, bagi quotation secara percuma dan yang paling penting jujur dalam semua urusan. InshaAllah

Jika anda ingin beli barang yang berkualiti tetapi tak tahu di mana boleh call saya untuk saya guide dan sambil tu tanya harga jika kena pada bajet boleh buat, kalau dah ada tukang boleh beli barang sahaja tak mengapa. dan juga ada yang tanya jika jadi buat payment macam mana. Okey kalau jadi saya akan masukkan barang material kekuda besi dahulu seperti besi c channel batern dan fascia board baru lah bayar 40%. ada juga customer nak bayar 40% selepas pekerja start buat, saya maklumkan disini itu tiada masalah, yang penting bagi ada progress kerja dahulu baru payment kemudian, InshaAllah dua-dua pihak puas hati. Sebab Zaman sekarang tak usah di buat main bab duit ni ramai sangat yang ambil mudah. Ambil deposit kerja lepas tu lari tak masuk-masuk, Tuan rumah nak cari duit bukan senang, jadi pada kontraktor/buruh kasar/pekerja indon/tukang bangla dan yang berkaitan di luar sana tolong hentikan, Dunia nak kiamat mati makin dekat, tak usah buat kerja macam tu, Tak kaya kita di dunia mahupun akhirat.saya terima banyak aduan dan masalah ni makin banyak, kesian pada customer saya kebanyakan kena tipu dengan pelbagai cara, jadi sebelum kita putuskan untuk buat sesuatu pastikan ada quotation black and white orang putih kata, lepas tu mention dalam terms dalam syarat bagi jelas. dan baru mula kerja. dah mula kerja baru ambil duit ikut progress kerja. InshaAllah dipermudahkan urusan kedua-dua pihak.
*pesanan untuk semua termasuk diri saya
*tak berkat ambil duit orang

Kekuda besi atap genting site sg haji dorani, sungai besar selangor

dalam proses pasang atap genting

atap genting concrete tiles ni tuan rumah beli dah lama jadi saya ambil upah pasang sahaja

kerja hampir siap tinggal pasang rabung, jadi bahagian rabung gap dia jangan terlalu besar kalau tak nanti air boleh masuk, kerja-kerja finishing macam ni yang speciallist kena buat, kalau tak tak sempat masuk rumah baru lagi dah bocor, cari balik tukang dah tak angkat call

proses pasamg atap di area longkang valley gutter rumah

selesai buat naik atap gunakan kren

proses naik atap guna kren di kg temin jerantut pahang

sehari dah siap susun semua, kerja laju kalau guna speciallist, harga murah tuan rumah puas hati

proses naik atap di temin jerantut sebelah belakang

kekuda besi renovate atap rumah lama di taman maju jaya shamelin, maaf progress lambat sebab kl hari-hari hujan

guna atap uroll bond sebab atap lama selalu bocor dan tuan rumah nak bentuk simple

atap zink uroll baru sampai ready untuk pasang bagi siap cepat


Sebarang Pertanyaan boleh hubungi 019-9862086 (whatsap kalau tak angkat call biasa tengah duk atas atap pantau budak kerja)
Sila like fb page : kekuda besi atap genting light weight roof trusses



Comments

  1. Assalamualaikum encik. Nak tanya pandangan encik berkenaan atap. Antara metal deck biasa dengan u roll, yang mana satu lebih baik?. Ada yang mengatakan metal deck lebih baik daripada u roll. Apa pandangan encik ye. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..metal deck dengan uroll material yang sama cuma bentuk yang berbeza.cuma pemasangan uroll lebih susah dan perlu teliti dan mahir untuk pasang. Harap membantu tuan

      Delete
  2. Assalamualaikum..maaf bertanya..sy nk tanya untuk zaman sekarang ni untuk buat rumah antara atap genting dengan metal deck urool mana lebih baik??dari segi penebat haba mana lebih sejuk?

    ReplyDelete
  3. Wslm.atap genting lg baik berbanding uroll

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

proses naik dan pasang atap genting di meru klang selangor

Upah pemasangan kekuda besi murah dan tenaga kerja mahir serta baik pulih rumah plaster dinding dan mengecat

KEKUDA BESI RANGKA ATAP GENTING JARAK KEKUDA 3 KAKI DI BUKIT GOH KUANTAN PAHANG