RENOVATE ATAP GANTI KEKUDA KAYU REPUT KEPADA KEKUDA BESI DAN PAKAI BALIK ATAP LAMA JIMAT KOS DAN TAHAN LAMA
salam maaf kerana tidak terlalu aktif dengan blog Sila like fb page : kekuda besi atap genting light weight roof trusses sekarang giat baikpulih atap lama ganti kekuda besi dan pakai balik atap lama serta tambahan atap baru kerana atap lama tak semua yang elok tetapi kita pastikan semasa buka atap dengan penuh hati-hati untuk jimatkan kos daripada membeli atap baru yang banyak dan kos akan bertambah.Kerja yang saya maksudkan adalah di Taman Tasik Puteri Rawang Selangor. Tuan rumah masih tinggla di dalam dan pihak kami buat separuh belakang dahulu, apabila dah siap belakang baru buat sebelah depan. Ini dapat meminimumkan kerosakan peralatan di dalam rumah, tetapi saya menasihatkan tuan rumah barang-barang beharga seperti barang elektronik harus dialihkan serta merta kerana takut hujan lebat air tetap akan masuk (tak 100% air tak boleh masuk kerana hujan dan ribut serta angin yang kuat mampu mengoyakkan kanvas yang kita skru dan ikat pada kekuda besi atau kekuda kayu lama). ...