Renovate Sebuah Rumah (Sambung Dapur Tepi) Di Permatang Badak Kuantan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Kali ini saya ingin kongsikan kerja yang dipertanggungjawabkan oleh saya iaitu renovate sebuah rumah sub-sale di mana owner rumah merupakan adik kepada previous customer saya di sungai buloh. Alhamdulillah berkat dan hasil kerja saya yang sebelum ni telah menyiapkan rumah abang beliau (tukar atap dan kekuda rumah serta reno dalaman dan cat serta buat tembok konkrit belakang rumah) saya diberi lagi kerja untuk renovate rumah di Permatang Badak Kuantan Pahang. Kos Untuk renovate saya tak ambil mahal dan tak ambil banyak kerana kurang tenaga kerja mahir. Jadi pada sesiapa yang nak buat renovate rumah atau sebuah rumah tetapi boleh bersabar untuk tunggu kerana saya tak ambil job renovate atau ubahsuai rumah yang banyak sekaligus takut tak sempat nak pantau dan inspect, jadi boleh la hubungi saya nanti untuk mendapatkan kos dan harga menarik dan murah. Sebelum terlupa, kos untuk renovate bagi kerja-kerja tersebut lebih kurang RM 40k dan siap dalam tem...