Tempat simpanan tangki air SYABAS menggunakan c-purlin besi hollow dan metal deck

Salam semua rakyat malaysia dan terima kasih sudi menjenguk blog kekuda besi ini
Alhamdulillah rezeki Allah beri tak putus sejak mula menjalankan perniagaan ini..sebabnya adalah sentiasa jujur dan amanah dalam melaksanakan setiap kerja yang diberi.

Post kali ini, 5 projek telah diamanahkan oleh regular customer saya dengan menyiapkan tempat simpanan tangki air sementara SYABAS di batu caves,bangi,kuala selangor,sungai besi dan klang.kerja kekuda besi lain dalam proses dan ada yang telah disiapkan tetapi saya tidak sempat nak update kerana terlalu sibuk disebabkan cuaca yang tidak menentu,kebanyakan tuan runah/kontraktor nak cepat siap dan sebagainya.

Kerja dalam proses dan ada beberapa tempat telah berjaya disiapkan.
Kerja merangkumi pemasangan tiang besi hollow,besi rafter beam *kerja-kerja welding , c-purlin dan metal deck dengan kemasan skru tahan karat.

Projek ini dilukis dan diiktiraf oleh ir/engineer dan drawing oleh pelukis plan mahir

Jika ada kontraktor atau orang perseorangan yang mempunya projek yang memerlukan drawing roofing boleh hubungi saya untuk dapatkan bantuan samada hanya drawing,hanya pekerja atau tenaga mahir ataupun merangkumi semua kerja atap dan bumbung.

Apa yang membimbangkan sekarang adalah tukang-tukang rumah yang biasa dengan kekuda kayu,telah mula membuat kekuda besi tanpa mengira dan mengenalpasti kekukuhan di setiap rekabentuk rumah yang dibuat.ini menyebabkan keberangkalian masalah dan musibah mungkin akan berlaku di hari mendatang.

Jadi saya harapkan dapatkan nasihat dahulu sebelum membuat keputusan.nasihat yang saya berikan secara percuma dan tidak ada paksaan untuk mengambil saya sebagai tukang dan kerja atap.

Semoga semua yang dirancang oleh anda semua dipermudahkan oleh Allah swt dan saya doakan yang terbaik inshaAllah

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0199862086 atau email ke tukang_kekudabesi@yahoo.com

Sila like fb page : kekuda besi atap genting light weight roof trusses

Proses timbang air atau leveling


Proses welding selepas level bahagian tiang atas
Besi mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Projek tempat simpanan tangki air mudah alih di kuala selangor

Site kuala selangor




Comments

Popular posts from this blog

proses naik dan pasang atap genting di meru klang selangor

Upah pemasangan kekuda besi murah dan tenaga kerja mahir serta baik pulih rumah plaster dinding dan mengecat

KEKUDA BESI RANGKA ATAP GENTING JARAK KEKUDA 3 KAKI DI BUKIT GOH KUANTAN PAHANG